Connect with us

Berita Lain

Khairy Terima Keputusan BN Sarawak


SHAH ALAM – Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin akui
menerima secara terbuka dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang
Johari Tun Openg yang membuat keputusan meninggalkan BN.
Menurutnya, semua ahli Umno dan komponen parti BN juga
seharusnya menerima keputusan tersebut tanpa berkecil hati.
“Walaupun keputusan itu bermakna BN Sarawak yang telah
dibina selama lebih setengah abad ini telah berakhir, saya memahami kenapa
rakan-rakan kita di Sarawak terpaksa mengambil keputusan tersebut,” katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, PBB, PRS, PDP SUPP sebulat suara mengumumkan
keluar daripada BN.
Pada masa sama, Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan
perkara tersebut berkata keempat-empat parti tersebut akan menubuhkan gabungan
baharu iaitu GPS.
Katanya, keputusan sama yang dibuat oleh beberapa parti
termasuklah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak
(SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) juga
tidak dinafikan memberi impak besar terhadap Umno.
“Keputusan ini memberi impak yang besar dalam kita merangka
struktur dan rupa bentuk baharu Umno serta hubungan kita dengan rakan komponen
BN di Semenanjung dan Sabah.
“Saya berharap, perbincangan ini akan dibuat berlandaskan
senario baharu politik Malaysia di mana kita sedia bekerjasama dengan
rakan-rakan di Sarawak walaupun mereka tidak kembali menyertai BN secara rasmi
di masa hadapan,” katanya.
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel