Connect with us

Berita Lain

Ku Li fikir umur, kesihatan jika mahu jadi Presiden Umno



KUALA LUMPUR – Veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah akan melakukan Solat Istikarah bagi mendapatkan petunjuk sama ada menerima atau menolak tawaran untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu, 30 Jun nanti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau yang lebih mesra disapa Ku Li berkata, tawaran untuk merebut jawatan Presiden Umno telah dibincangkan bersama keluarganya dan bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat.


“Saya dah terima pandangan daripada keluarga, tapi saya tidak akan umum malam ini.


“Saya fikir dari segi umur, tetapi soalnya, adakah saya terdaya atau tidak terdaya untuk pergi ke 190 kawasan dari semasa ke semasa.


“Bagaimanapun, saya akan lakukan Solat Istikarah untuk memikirkan tawaran ini,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh ketika soal jawab dalam Forum Dilema Melayu Pasca PRU14 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.


Beliau bagaimanapun menyokong banyak pandangan bahawa jawatan itu perlu diisi oleh pemimpin muda bagi melicinkan urus tadbir terutama dalam memimpin negara.


“Orang muda paling layak diangkat dan diberi tanggungjawab untuk memimpin negara. Saya ikhlas mahu melihat mereka naik kerana generasi sekarang harus memimpin generasi akan datang ,” katanya.


Pada majlis itu, lebih 200 penyokongnya hadir bagi mendengar penjelasan beliau dalam forum tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Majlis Tertinggi Umno menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan Umno dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri Umno bermula pada 19 Mei sehingga 10 Jun lalu.


Mesyuarat Umno di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.


Setakat ini, hanya nama pemangku tugas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disahkan bertanding untuk jawatan Presiden.


Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengesahkan tidak akan bertanding untuk mana-mana jawatan dalam parti itu.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel