Connect with us

Berita Lain

‘Kumpul Bukti Kukuh Sebelum Dakwa Najib’


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran
percubaan terburu-buru untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak daripada skandal
1MDB mungkin akan melepaskannya.
“Banyak orang sedang menunggu – bila kami akan
menangkap Najib, tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti
keterangan yang kukuh di mahkamah.
“Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang.
Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraan dan didapati
tidak bersalah.
“Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara
buruk yang kami katakan mengenai beliau akan dipersoalkan oleh orang yang
mengundi kami,”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

 katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia
di Jepun malam ini.
Mahathir berkata kerajaan mahu memastikan bukti kukuh supaya
memastikan sabitan bersalah terhadap bekas perdana menteri itu.

“Kami berharap kami dapat mengumpulkan bukti yang
mencukupi untuk membuat pertuduhan di mahkamah dan berharap beliau akan
didapati bersalah.
“Kami tidak tahu (keputusan) kerana tidak seperti
kerajaan sebelumnya, kami tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap mahkamah.
“Kami telah memutuskan bahawa kami akan benar-benar
demokratik dalam erti kata pilihan rakyat mesti dihormati, kita mesti memahami
peraturan dan prosedur demokratik dan kita tidak boleh meletakkan kuasa di
tangan kita,” katanya.
Mahathir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai perdana
menteri dari 1981 hingga 2003 pernah dituduh sebagai seorang pemimpin
autoritarian, berkata kerajaan barunya akan memastikan tiada pemusatan kuasa.
“Kuasa di negara ini mesti dipisahkan antara
perundangan, eksekutif dan kehakiman.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Semak dan imbang seperti ini dapat memastikan tiada
seorangpun daripada kita melakukan perkara-perkara yang salah supaya tidak
mudah bagi kita untuk bertindak sewenang-wenangnya di negara ini dan (bukanlah)
cuma hanya memenjarakan orang sahaja.

“Jadi, saya fikir Najib lega (mendengar ini),”
katanya.
Mahathir, dalam ucapannya juga mempertahankan keputusan
kerajaan untuk mengenakan larangan perjalanan ke Najib.
“Ramai orang sekarang hilang. Malah ‘Jamal Tongkol’ pun
telah hilang,” katanya merujuk Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal
Md Yunos yang dikehendaki oleh polis tetapi dilaporkan melarikan diri ke
Indonesia.
“Kita tidak tahu siapa yang akan hilang tetapi kita
harap sebelum mereka dapat menghilangkan diri, kita boleh meneliti undang-undang
negara dan menghukum orang yang melanggar undang-undang ini,” katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel