Connect with us

Berita Lain

Mujur dengar bunyi…



BUNYI pergerakan tanah di belakang sebuah rumah panjang di Sungai Tabau, di Bintulu berjaya menyelamatkan 140 penghuninya dalam kejadian tanah runtuh, pagi semalam.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu meranapkan sebahagian dapur Rumah Panjang Anyie Mering Tuva yang dihuni 27 keluarga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.


Menceritakan semula detik cemas itu, Tuai Rumah, Anyie Mering, 54, berkata, dia antara individu awal menyedari sesuatu tidak kena apabila terdengar bunyi yang pelik, selain struktur rumah bergegar.


Katanya, dia kemudian bergegas memeriksa belakang rumah bersama isterinya, sebelum mendapati cerun runtuh dan berlaku mendapan tanah, dipercayai akibat hujan lebat di kawasan itu.


Ketika kejadian, sebahagian besar penghuni berada di bilik masing-masing dan tidak keluar bekerja kerana hujan lebat.


“Bimbang sesuatu buruk berlaku, saya mengerahkan penduduk menjauhi bahagian belakang, terutama dapur lima keluarga yang mengalami runtuhan tanah serius,” katanya ketika ditemui NSTP.


Sebelum ini, katanya, terdapat petanda berlakunya runtuhan tanah di kawasan itu, namun mereka tidak menyangka kejadian menjadi lebih buruk.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menurutnya, mereka masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, terutama risiko runtuhan susulan.


“Kami berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan pemasalahan ini,” katanya.


Difahamkan, penduduk sudah membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama berpindah ke lokasi selamat jika perlu.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel