Connect with us

Berita Lain

Musa Sahkan Berada Di UK, Dakwa Keluar Malaysia Secara Sah


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman,
yang dikehendaki polis berhubung laporan dibuat Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun
Juhar Mahiruddin, baru-baru ini, hari ini mengesahkan berada di United Kindom
(UK).
Musa dalam satu kenyataan diedarkan melalui pegawai
perhubungan media beliau di sini, hari ini, turut mengesahkan beliau berada di
negara itu bagi mendapatkan rawatan perubatan, selain atas alasan peribadi.
Beliau juga mendakwa keluar secara sah pada 16 Mei lalu dan
menyangkal dakwaan kononnya keluar atau memasuki UK secara haram seperti
dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia menyimpulkan bahawa saya menjadi orang buruan dan
sengaja mengelak daripada pihak berkuasa berhubung siasatan majlis di Istana
Negeri pada malam 10 Mei lalu dan perkara berkaitan.
“Tiada apa yang boleh diteruskan daripada perkara
sebenar. Saya percaya beberapa laporan ini dibuat dengan niat memalukan atau
memburukkan saya atas alasan politik.
“Sebenarnya, saya keluar Malaysia secara sah mengikut
undang-undang pada 16 Mei lalu dan sekarang berada di UK untuk menjalani
rawatan dan atas alasan peribadi,” katanya.
Musa berkata, beliau sudah memulakan prosiding di Mahkamah
Tinggi Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan perintah terhadap Juhar dan Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung tindakan ultra vires serta
tidak berperlembagaan selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10
Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Beliau (Juhar) secara salah meminta saya meletakkan
jawatan dalam tempoh 48 jam, enggan menandatangani surat pelantikan dan
bermaksud untuk melantik Shafie sebagai Ketua Menteri sedangkan saya masih
memegang jawatan berkenaan.
“Perkara ini sekarang subjudis di Mahkamah Tinggi
berikutan saman pemula yang saya failkan sebelum ini,” katanya.
Musa dalam kenyataannya turut menjelaskan beliau sedia
membantu polis dan pihak lain berhubung perkara itu, selain sudah memaklumkan
beliau sudah menjelaskannya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk RamliDin.
Katanya, sebarang soalan atau permintaan untuk maklumat
lanjut berhubung kes berkenaan perlu dikemukakan melalui peguamnya di Malaysia
dan London.
Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebelum ini
dipercayai berada di London berdasarkan rakaman gambar yang tersebar dalam
laman sosial.
Ia menimbulkan spekulasi kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Sungai Sibuga itu keluar secara haram dari negara ini berikutan
kenyataan Jabatan Imigresen sebelum ini melaporkan tiada rekod Musa keluar dari
Malaysia.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel