Connect with us

Berita Lain

Najib Dakwa Guan Eng Tidak Jujur Isu TRX


Datuk Seri Najib Razak mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan
Eng, tidak jujur mengenai projek Tun Razak Exchange (TRX) dan City Sdn Bhd (TRXC).
Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun gembira kerajaan
memutuskan untuk meneruskan projek TRX, beliau terpanggil untuk menekankan
bahawa Guan Eng menyebarkan kenyataan ‘separuh benar’ kalau tidak ‘menipu’ sama
sekali, lapor Berita Harian.
“Pengambilalihan TRXC oleh MOF Inc untuk bayaran
nominal RM1 berkuatkuasa 31 Mac 2017 adalah langkah penting dalam aspek
keseluruhan pelan rasionalisasi 1MDB di mana selepas mengambil alih dua aset
utama itu, MOF Inc kemudian mengambil alih pembayaran liabiliti tertentu 1MDB
daripada 1 April 2017, sebagai balasan kepada pemindahan aset.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Guan Eng sendiri mengakui bahawa walaupun dengan
tambahan suntikan dana sehingga RM2.8 bilion oleh MOF Inc, projek TRX akan
bernilai sekurang-kurangnya RM7.8 bilion dan akan menunjukkan keuntungan. Sudah
tentu ini tidak boleh dipanggil penyelamatan (bail out) jika wang yang diguna
itu menjana keuntungan.
“Bagaimanapun, tatkala Guan Eng secara mudah
menggabungkan komitmen Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.7 bilion untuk projek
TRX dan Bandar Malaysia, beliau tidak bercakap mengenai nilai ketara aset
hartanah dalam kedua-dua projek ini, terutama projek Bandar Malaysia,”
katanya dalam paparan di laman Facebook beliau hari ini.
Tambah Najib, jika dirancang dengan betul, dipasarkan dan
dibangunkan, hartanah Bandar Malaysia saja boleh bernilai sehingga RM30 bilion
dan lebih penting, tiada wang daripada TRXC diseleweng oleh 1MDB, sebaliknya
seperti mana amalan kebanyakan syarikat, kira-kira RM3 bilion pinjaman dalaman
syarikat dibuat dalam jangka masa tertentu oleh TRXC kepada 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, memandangkan TRXC adalah milik penuh 1MDB, yang
dimiliki Kementerian Kewangan, tidak mungkin 1MDB mencuri RM3 bilion daripada
syarikatnya sendiri untuk melunaskan hutangnya.
“Semua pinjaman dalaman syarikat ini dibayar balik oleh
1MDB berkuatkuasa 31 Mac 2017, menerusi gandingan bayaran tunai dan timbal
balik bersandarkan kepada dividen dibayar oleh TRXC kepada 1MDB, yang dilakukan
dengan kelulusan MOF Inc dan disemak dengan teliti serta ditandatangani oleh
auditor TRXC dalam penyata kewangan 31 Mac 2017,” katanya.
“Sekali lagi, saya mengingatkan Guan Eng supaya jangan
buat kenyataan berlandaskan fakta yang salah bagi membalas dendam politik
(Pakatan Harapan) terhadap saya atau kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum
ini.
“Bukan saja tidak profesional, tindakan ini menakutkan
pelabur matawang, bon dan pasaran saham. Semestinya kemakmuran ekonomi lebih
penting berbanding kenyataan berbaur politik,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel