Connect with us

Berita Lain

Najib Tenang Berdepan Siasatan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani
kehidupan seharian seperti biasa dan kelihatan tenang ketika percutian bersama
keluarga di Langkawi.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah berkata, Najib tidak menunjukkan sebarang kegelisahan atau
rungsing memikirkan pelbagai siasatan yang dikaitkan dengan dirinya, sebaliknya
bersikap tenang berdepan dakwaan yang dikatakan bakal dilakukan terhadap
dirinya.

Menurutnya, walaupun dikaitkan dengan siasatan, tuduhan dan
pendakwaan beberapa kes, percutian Najib bersama keluarga tetap tenang, tanpa
sebarang kebimbangan atau diselubungi perasaan takut, lapor Sinar Harian lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami berborak seperti biasa, turut bermain golf bersama
sebelum permainan terpaksa dihentikan akibat hujan. Beliau begitu tenang, tiada
rasa bimbang pada wajahnya walaupun siasatan sedang dijalankan malah melayan
rakan-rakan dengan baik,” katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka
Aidilfitri, hari ini.
Ahmad Bashah berkata, sepanjang empat hari meluangkan masa
bersama Najib di Langkawi, bekas Perdana Menteri itu dilihat ceria dikelilingi
anak, menantu dan cucunya serta rakan-rakannya yang turut serta memeriahkan
percutian itu.
“Kami tak ada bincang perancangan lain selain berbual
santai, Najib memang suka bercuti di Langkawi dan ia antara destinasi
pelancongan kegemaran beliau,” katanya.
Difahamkan seramai 13 ahli keluarga Najib bercuti di pulau
legenda itu sejak Sabtu lalu dan pulang ke Kuala Lumpur, kelmarin.
Ahmad Bashah turut kesal susulan penyebaran berita palsu
berhubung percutian Najib dan keluarganya yang didakwa akan melarikan diri ke
luar negara menerusi Langkawi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Macam-macam orang buat tuduhan, ada kata beliau menginap di
hotel mewah St Regis, padahal beliau tinggal di Hotel Westin. Ada yang pertikai
beliau bawa 20 hingga 30 beg, sedangkan ramai ahli keluarganya turut serta,
tentulah banyak beg dibawa,” katanya.
Menurutnya, Najib turut menyuarakan rasa sedih kerana tidak
sempat menunaikan janji-janji kepada rakyat Kedah dalam membangunkan beberapa
projek yang dirancang.
“Beliau ada luahkan rasa kecewa kerana tak sempat bangunkan
beberapa perancangan untuk majukan ekonomi negara dan Kedah. Contohnya, di
Kedah, antara dirancang pembangunan Langkawi dan Zon Ekonomi Sempadan Khas
(SBEZ),” katanya.
Bagaimana pun, katanya, Najib akur pada pilihan rakyat dan menghormati
keputusan itu.
“Beliau harap kerajaan baharu dapat lakukan untuk kukuhkan
ekonomi Malaysia, perlu seiring dengan negara lain. Itu hasrat beliau, jadi
beliau kecewa sedikit,” katanya.
Ahmad Bashah turut memaklumkan kepada bekas Presiden Umno
itu berhubung keputusan beliau tidak mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian
Alor Setar bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel