Connect with us

Berita Lain

Perang ‘Kutip Sampah’ Jepun, Senegal Berterusan


SAMARA, Russia – Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia
antara Senegal dan Jepun dengan kedua-dua penyokong menerima pengiktirafan
dunia kerana kebersihan mereka di stadium yang berakhir dengan keputusan seri
2-2 di Yekaterinburg.

Kedua-dua pasukan menang perlawanan pembukaan Piala Dunia,
namun kedua-dua penyokong mereka yang menjadi tajuk utama akhbar.
Video di laman sosial menunjukkan penyokong Jepun
membersihkan kawasan selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sampah di
bawah tempat duduk dekat stadium.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama
selepas kemenangan mengatasi Poland.
Kedua-dua penyokong melakukan sekali lagi hari ini,
menjadikan tugas pembersih sukarela di Yekaterinburg Arena menjadi lebih mudah.
“Kami juga cuba memberi sokongan kepada pasukan kami dengan
mengibarkan beg sampah besar berwarna biru, jadi saya rasa kami menggunakan
sepenuhnya beg sampah yang kami bawa,” kata penyokong Jepun, Wataru Morita di
luar stadium.
“Jadi kami tidak sabar untuk menunjukkan budaya kami kepada
dunia menerusi kejohanan ini.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Anda tahu, kami perlu melakukannya. Kami perlu menunjukkan
kepada dunia bahawa kami melakukan sesuatu yang bagus,” kata penyokong Senegal,
Gora Ndoye selepas perlawanan.
“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sampah. Kami
perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada
dunia bahawa kami orang yang bagus.”
“Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima
tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya.” – Reuters/BH ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel