Connect with us

Berita Lain

‘Pergi’ mu di hujung Ramadan

GURU Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Nurul Arifah Talha, 37 maut selepas kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan dan merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kuantan – Kemaman dekat Taman Pelindung. FOTO Ihsan Bomba



GURU maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka melanggar besi pembahagi jalan di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Taman Pelindung, Kuantan, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Lebih memilukan, kejadian menimpa guru bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau itu berlaku apabila tinggal lima hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.


Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Nurul Arifah Talha, 37, berasal dari Sungai Soi, di sini, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas parah di kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati kereta Nissan Grand Livina dipandu suami mangsa Mohd Junaidi Othman, 36, dari arah Kemaman, Terengganu menuju ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas.


“Siasatan mendapati pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar besi pembahagi jalan.


“Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di sebelah penumpang hadapan bersama anak lelakinya parah dan dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.20 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kamarulzaman berkata, suami dan anak lelaki mangsa Ahmad Dhaifullah Nazir Mohd Junaidi, 4, turut cedera manakala anak perempuan mangsa Nur Damia Adriana, 9, yang duduk di bahagian penumpang belakang tidak mengalami kecederaan.


Beliau berkata, dua mangsa yang cedera kini dilaporkan stabil.


“Jenazah mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya sebaik urusan bedah siasat selesai dilakukan,” katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel