Connect with us

Berita Lain

Rafizi Pertahan Dakwaan Dr Mahathir Lantik Menteri Tanpa Restu PKR


Susulan pembentukan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN), tokoh gabungan itu, Rafizi Ramli, tanpa disangka-sangka mendapat
maklum balas ramai pihak berikutan dakwaannya bahawa pelantikan pemimpin
tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir
Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.
Hari ini, Rafizi mempertahankan tindakannya itu, berkata
peranannya untuk memastikan pihak eksekutif mesti menggunakan prinsip sama yang
diterima pakai oleh Majlis Presiden HARAPAN dalam pembuatan keputusan, lapor
wawancaranya dengan BFM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata kesemua empat parti itu ialah rakan kongsi
yang sama tarafnya dalam kerajaan sebagaimana juga kedudukan mereka dalam
Majlis Presiden HARAPAN dan oleh itu peraturan pembuatan keputusan berdasarkan
persetujuan bersama dan memastikan keterlibatan semua pihak mesti dikenakan.
“Kita perlu memastikan asas dan prinsip kita dapat
dilaksanakan sejak dari awal lagi. HARAPAN dibina sejak tahun 1998
(berdasarkan) satu konsensus, perjanjian dan keterangkuman.


“AMANAH jauh lebih lemah dulu, berbanding PKR atau DAP
ketika kami memulakan HARAPAN, tetapi kami memberi AMANAH kedudukan dan taraf
yang sama dalam pembuatan keputusan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Oleh itu, sesiapa yang mengetuai kerajaan HARAPAN
mesti membenarkan sikap inklusif dan rundingan dalam membuat keputusan. Penting
untuk mengingatkan hal itu sejak dari mula lagi,” katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel