Connect with us

Berita Lain

‘Saya ingat dia (Jamal) pahlawan berani’ – Azmin



SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali menyindir Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos kerana melarikan diri dari tahanan polis dan kini bergelar pelarian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pada pertemuan terakhirnya dengan penjawat awam negeri di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, Isnin, Azmin berkata banyak perubahan baharu dilakukan selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.


Katanya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) turut menyaksikan beberapa individu melarikan diri dan bersembunyi di ladang kelapa sawit.


“Dan saya ingat dia seorang pahlawan berani,” kata Azmin menyindir Jamal.


Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal pada Jumaat lalu kerana gagal tampil dan memberikan kerjasama berhubung siasatan polis.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah memberikan masa yang cukup kepada Jamal untuk tampil menyerah diri bagi memberikan kerjasama dalam membantu siasatan dilakukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Bagaimanapun, beliau tetap gagal berbuat demikian, sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa keselamatan dirinya terancam.


“Justeru, polis mendapatkan waran tangkap terhadap beliau mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah,” katanya.


Setakat ini, ada terdapat baki enam kes melibatkan Jamal sedang disiasat selain tiga kes berdasarkan pertuduhan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lepas.


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel