Connect with us

Berita Lain

Tak sanggup tinggal isteri sakit di rumah, polis bawa ke balai setiap hari



SEORANG pegawai polis sanggup membawa isterinya yang sakit ke tempat kerjanya sejak tiga bulan lalu.


Dalam kejadian di barat daya China, isterinya memerlukan penjagaan berterusan, lapor media tempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Gambar-gambar Wu Fengchuan, 54, bersama isterinya di sebuah balai polis di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, tersebar secara meluas dalam talian.


Wanita itu, yang namanya tidak didedahkan dalam laporan telah menghabiskan masa dua bulan di hospital selepas terdapat jangkitan pada sistem sarafnya menyebabkan dia tidak dapat bercakap atau menguruskan dirinya sendiri.


Fengchuan memberitahu Chengdu Economic Daily pada hari Isnin: “Seorang manusia biasa berubah dalam sesaat.”


Dia memberitahu akhbar itu bahawa dia terpaksa membawa isterinya ke tempat kerja kerana kakaknya terlalu sibuk dengan tugasnya dan berdepan masalah untuk mencari penjaga.


“Kami mahu membayar 3,000 yuan (RM1,820) sebulan, tetapi dia menolak selepas mendengar keadaannya,” Fengchuan memberitahu akhbar itu.




Pegawai polis itu yang bertugas memproses dokumen orang ramai sempat mengajar isterinya menulis seni pena sementara menunggu dia bekerja.


Dia juga mendapatkan bantuan daripada anggota wanita untuk menemani isterinya ke tandas apabila perlu.


Fengchuan mengaku dia tahu membawa isteri ke tempat kerja menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan rakan-rakannya, tetapi memberitahu akhbar itu: “Rumah saya hanya bersebelahan dengan balai polis dan suasana tempat kerja saya sangat baik.
.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya tidak mahu menyebabkan sebarang kesulitan lagi.”


Ketua balai polis, Ruo Heng memberitahu akhbar itu: “Jika Wu pergi, kami terpaksa merombak semula kakitangan untuk menggantikannya. Ia memerlukan masa dan latihan serta akan menyusahkan orang ramai untuk memproses dokumen.


“Kami beritahu dia jika dia perlu menjaga isteri atau mempunyai kecemasan di rumah, dia boleh ambil cuti. Dia enggan dan kata dia perlu bawa isterinya bekerja.”


Tetapi Fengchuan mengaku jika keadaan isterinya bertambah buruk, dia terpaksa bersara awal untuk menjaganya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel