Connect with us

Berita Lain

Terpaksa Tangguh Janji Kerana Beban Hutang Besar, Kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim – Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR – Rakyat diharap dapat memahami keadaan ekonomi
negara dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan
baharu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sepenuhnya mengembalikan
negara kepada landasan.

“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir
memberitahu beberapa projek (menifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,”
katanya.
Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) membuat janji
berdasarkan angka yang diberikan BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka
itu lebih buruk dari apa yang disebut.
“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” katanya lagi, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata, Harapan bersyukur dipilih menjadi kerajaan
bagi menangani masalah hutang.
“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan
berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan
berbilion ringgit,” katanya.
Menyentuh mengenai kerjasama yang diberikan terhadap
Mahathir yang didakwa memenjarakannya, Anwar berkata, beliau seorang yang mudan
memaafkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan.
“Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang masalah
melainkan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.
“Mereka sangat beremosi apabila kami banyak mengadakan
rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan” katanya.
Ditanya adakah beliau akan kembali ke Parlimen lebih awal,
Anwar berkata, perkara itu tidak akan berlaku.
“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam
tempoh dua tahun ini,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel