Connect with us

Berita Lain

Tindakan Ke Atas Abdul Taib Jika Ada Laporan – PM


JAKARTA: Tindakan ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun
Abdul Taib Mahmud mengenai salah laku beliau hanya akan diambil jika terdapat
laporan ke atasnya, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut Perdana Menteri, sehingga kini belum ada sebarang
laporan dibuat oleh rakyat Sarawak ke atas Abdul Taib yang dikatakan melibatkan
agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagi kami untuk mengambil tindakan mesti ada laporan
daripada seseorang, sehingga saat ini terdapat banyak yang diperkatakan, tetapi
tidak ada sebarang laporan yang diterima.
“Jadi, kami belum mengambil sebarang tindakan, tetapi jika
rakyat Sarawak mahu kami mengambil tindakan, mereka boleh membuat pertuduhan
atau aduan dan kami akan meneliti laporan mereka,” katanya dalam sesi soal
jawab bersama 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar
Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri.
Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak telah
dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah semasa beliau menjawat jawatan
berkenaan dari 1981 hingga 2014.
Antara tuduhan yang dikaitkan termasuk salah guna kuasa,
rampasan tanah dan menerima sogokan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada Februari, Abdul Taib menerima suratcara pelantikan bagi
menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V di Istana Negara,
Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang
Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua
Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel