Connect with us

Berita Lain

Abang kawasan silap jadi ‘hulk’

Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mengangkat kanak-kanak lelaki di Flat Teratai Ampang.



PETALING JAYA: Hanya kerana namanya diconteng pada dinding, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘abang kawasan’ tanpa usul periksa bertindak kasar terhadap dua kanak-kanak di Flat Teratai Ampang pada Khamis lalu.


Lebih malang, adegan conteng di dinding itu bukanlah dilakukan oleh kanak-kanak itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut emak saudara mangsa yang disapa Ayu, tindakan ‘gangster’ itu tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.


“Salah seorang mereka telah mengangkat dan mencekik kanak-kanak lelaki itu ke dinding sebelum melepasnya dengan kasar.


“Lebih kesian, salah seorang budak tu baru saja balik berniaga dengan ibunya.


“Ibu mangsa pergi ke pejabat pengurusan untuk melihat sama ada betul atau tidak anak mereka yang conteng  dinding itu.


“Ternyata bukan mereka yang conteng tetapi budak lain.


“Mungkin dia marah sebab ada conteng dengan carutan nama abang kawasan itu.


“Anak saudara saya tidak kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, tetapi saya dapat tahu dia kena cekik, tampar dan rambutnya di tarik,” ujarnya kepada mStar Online.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menurut Ayu, sepatutnya mereka yang dewasa tidak perlu layan karenah budak-budak itu.


“Mereka patut siasat dan bawa budak-budak jumpa ibu bapa mereka,” jelasnya mengenai video berdurasi satu minit 23 saat berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial.


Tambah Ayu, selepas melihat rakaman CCTV, lelaki tersebut ada meminta maaf di atas tindakannya.


“Laporan polis juga telah dibuat, dan kes belum selesai,”katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel