Connect with us

Berita Lain

Akibat tekanan darah rendah..

RAKAMAN kejadian yang tular di FB.


AKIBAT tekanan darah rendah, kereta dipandu lelaki warga emas melanggar kenderaan lain di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, berhampiran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di Petaling Jaya, semalam.


Dalam kejadian 2.15 petang itu, Honda CRV dipandu Ti Teow Yong berusia 79 tahun melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 41 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’ at berkata, seorang anggota polis trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya yang berada di lokasi kejadian menahan lelaki warga emas itu dan membawa keretanya ke balai polis.


“Hasil siasatan mendapati lelaki warga emas itu dalam keadaan tidak sihat akibat tekanan darah rendah.


“Anak mangsa datang ke balai selepas dihubungi dan terus membawanya ke Pusat Perubatan Tropicana bagi pemeriksaan sebelum lelaki terbabit dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Azman berkata, kes itu turut tular di Facebook (FB) apabila seorang penunggang motosikal merakam lelaki warga emas terbabit memandu dalam keadaan berbahaya.


“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam rakaman video berdurasi dua minit 41 saat itu, kereta dipandu lelaki warga emas berkenaan dilihat menukar lorong ke kiri dan kanan selain melanggar pembahagi jalan.


Individu yang merakam video berkenaan yang sedang menunggang motosikal turut dilihat cuba mengarahkan lelaki warga emas itu untuk memberhentikan kenderaannya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel