Connect with us

Berita Lain

Berhenti aibkan orang, tutup akaun!



PETALING JAYA: Gara-gara tersilap menilai sepasang kasut jenama mewah milik seorang Instafamous, pemilik akaun Instagram bukan saja ‘diserang’ personaliti media sosial itu, malahan juga dalam kalangan netizen.


Lebih teruk, pemilik akaun @streetwearbustamy turut didesak untuk memadam akaun Instagram miliknya kerana penilaian yang dibuat telah memalukan dan membuka aib individu yang dijadikan sasaran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut salah seorang mangsa, Syed Muhammad Syafiq Syed Zakaria atau mesra disapa Syed Syafiq, dia terkilan kerana dikatakan memakai sepasang kasut mewah jenama tiruan.


“Saya rasa amat terhina sebab dah habiskan banyak wang untuk beli barangan jenama mewah yang saya suka.


“Tapi dia (pemilik IG @streetwearbustamy) senang je cakap saya pakai barang tiruan. Untuk pengetahuan dia, saya hanya akan beli barang jenama original sahaja.


“Saya seorang yang amat teliti. Jadi saya akan periksa sama ada barangan itu original atau tak sebelum membeli,” katanya kepada mStar Online.


Paparan skrin Instagram Syed Syafiq mengenai tuduhan ke atasnya.


Instafamous itu mendedahkan kasut jenama mewah buatan Itali yang disangka tiruan itu dibeli semasa dia berada di London pada harga 795 pound sterling (RM4,243).


“Kasut tersebut dibeli di sebuah butik di London. Saya bukan nak riak tetapi kebanyakan barangan jenama mewah saya dibeli dari sana.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Lepas tu senang-senang je kena bash cakap tiruan. Nasib baik saya simpan semua resit pembelian barangan tersebut,” katanya.


Pemuda berusia 20 tahun itu turut meragui penilaian yang dibuat pemilik akaun tersebut yang disifatkan sebagai tiada kredibiliti.


“Dia takkan tahu dengan mudah berdasarkan satu gambar semata-mata, begitu juga jika barangan itu dilihat dari satu sudut dan pencahayaan yang berbeza.


“Kesan pencahayaan dan melalui kedudukan gambar produk itu diambil ada kalanya membuatkan barang jenama original kelihatan seperti tiruan dan juga sebaliknya,” kata Syed Syafiq.


Malah anak jati Kuala Lumpur itu berkata, pemilik akaun tersebut sudah melanggar privasi mangsa kerana menggunakan gambar dan kemudian memuatnaik ke IG miliknya.


“Itu dah salah. Dia tak boleh muat naik gambar orang lain sesuka hati tanpa kebenaran individu tersebut,” katanya.


Pemerhatian mStar Online di akaun IG tersebut mendapati gambar dan posting mengenai Syed Syafiq sudah dipadamkan.


Advertisement

Foto-foto Syed Syafiq di laman Instagram sering mendapat perhatian pengikutnya yang mencecah lebih 150 ribu orang.


Syed Syafiq berkata dia sudah menghubungi pemilik akaun IG tersebut untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan tidak beretika itu.


Namun katanya, tiada maklum balas diterima sehingga hari ini.


“Saya dah mesej dia secara peribadi beritahu supaya jangan nilai orang lain sesuka hati. Dia juga tak minta maaf meskipun didesak netizen untuk berbuat demikian.


“Saya tak kisah pun kalau dia tak nak minta maaf tetapi kredibiliti dia sudah mula diragui. Tolong berhenti malukan dan buka aib orang lain,” katanya.


Pada masa sama, Syed Syafiq turut senada dengan netizen yang mahu akaun @streetwearbustamy dipadamkan.


“Saya memang nak akaun dia dipadamkan. Cukuplah menilai orang lain sedangkan diri sendiri tak cukup maklumat mengenai sesuatu jenama yang didedahkan,” katanya.


Pada Ahad, pemilik akaun @streetwearbustamy mendedahkan Instafamous tersebut menggayakan barangan jenama tiruan menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial tersebut.


Bagaimanapun, posting tersebut dipadam selepas Syed Syafiq tampil menafikan pendedahan pemilik akaun berkenaan.




Pendedahan tersebut tular di media sosial dan menyebabkan pemilik akaun berkenan dikecam gara-gara tersilap nilai.


Seorang pengguna Twitter Ayra Messi berkata:”Saya fikir sudah tiba masanya untuk membuat aduan terhadap akaun streetwearbustamy. Memalukan orang di khalayak ramai bukan sesuatu yang cool.”


Shaamiloo berkata:”Selepas apa yang berlaku kepada Syed Syafiq, saya fikir penilaian streetwearbustamy tiada apa-apa makna. Jadi mereka perlu memadamkan akaun IG tersebut.”


Selain Syed Syafiq, selebriti seperti Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari turut menjadi mangsa penilaian pemilik akaun tersebut.


Turut menjadi mangsa adalah pengacara di sebuah stesen televisyen iaitu Farah Hanim Razak.


Kesemua mereka didakwa menggayakan barangan jenama tiruan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel