Connect with us

Berita Lain

Bukan Simpati, Pertahan Sebab Najib PM Cemerlang – Ellie


KUALA LUMPUR, 5 Julai — Sokongan kepada Datuk Seri Najib
Razak bukan atas dasar simpati tetapi kerana rekod cemerlangnya sebagai perdana
menteri, kata Ellie Suriati Omar.
Pelakon filem Spinning Gasing berkata kecemerlangan Najib
bukan sahaja terbukti pada peringkat kebangsaan, malah diiktiraf badan
antarabangsa.
“Saya datang semalam memang untuk memberi sokongan kepada
Najib kerana perkhidmatannya yang cemerlang sebagai perdana menteri untuk dua
penggal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita sudah tengok buktinya ekonomi negara semakin kukuh dan
antara yang terbaik di dunia. Adakah kita mahu menafikan kenyataan Bank Dunia?
“Kita tidak boleh menghukum seseorang itu selagi perbicaraan
belum berlangsung tetapi persepsi bersalah itu sudah dimainkan dari awal lagi,”
kata pengarah filem Penanggal.
Hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Ellie
turut bersama kumpulan penyokong yang membuat protes berikutan Peguam Negara
Tommy Thomas mengadakan sidang media dalam bahasa Inggeris.
Susulan kekecohan itu, polis mengarahkan kumpulan tersebut
meninggalkan kompleks mahkamah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menafikan dirinya cuba mencetus provakasi, Ellie, 47,
mengakui beliau antara orang yang 
meminta sidang media itu diadakan dalam bahasa kebangsaan.
“Sudah tentulah suara saya kuat, saya orang teater. Suara
saya yang lantang menyebabkan saya ditahan. Polis datang, saya pun angkat
tangan. Tidaklah saya melawan polis dan memulakan provokasi.
“Kalau tidak kerana kami sehati dan merasakan kepentingan
bahasa kebangsaan, laungan saya itu tidak akan disambut pun.
“Saya akhirnya tidak ditahan. Ramai di luar itu menyokong
agar saya tidak ditahan. Saya pun berterima kasih kepada polis,” katanya.

– Projek MM

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel