Connect with us

Berita Lain

Cuepacs Rangka Cadangan Sistem Baharu Penjawat Awam

LABUAN — Cuepacs sedang merangka kertas cadangan tentang
sistem saraan baharu penjawat awam untuk dikemukakan kepada kerajaan, kata  presidennya Datuk  Azih Muda.
Beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan melakukan semakan
semula lima tahun terhadap gaji penjawat 
awam yang tidak disemak sejak 2002.
Katanya semakan semula gaji itu perlu dilakukan berikutan
kenaikan harga rumah dan barangan 
sejak  kebelakangan ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami dengan ini ingin menegaskan kesetiaan kami kepada
kerajaan yang memerintah. Kami faham  tentang
keadaan semasa kewangan negara, tetapi kita perlu ingat bahawa harga rumah kini
terlalu tinggi bagi mereka dari gred rendah.
“Mereka yang berpendapatan RM2,000 sebulan sudah  tentu tidak 
mampu membeli rumah berharga RM150,000 sebuah, lebih-lebih lagi mereka
yang mempunyai banyak anak, kesudahannya mereka perlu menyewa rumah,”
katanya pada sidang akhbar selepas majlis taklimat pra persaraan untuk penjawat
awam Labuan di sini hari ini.
Azih berkata Cuepacs berpendapat kerajaan perlu memastikan
penjawat awam tidak  menanggung beban
yang terlalu  berat untuk memberi
makan  minum kepada keluarga mereka dan
menyediakan pendidikan  untuk anak
masing-masing.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Penjawat  awam perlu
dipastikan berkemampuan untuk membeli rumah. Sekiranya mereka tidak
berkemampuan membeli  rumah semasa dalam
perkhidmatan, apakah yang dapat mereka lakukan setelah bersara nanti?
“Justeru, kami (Cuepacs) akan  kemukakan syor kepada kerajaan tentang
kenaikan gaji 1.6 juta penjawat awam,” katanya.
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel