Connect with us

Berita Lain

Duta Perancis: Siasatan Scorpene Lancar

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung pembelian kapal selam
Scorpene yang kontroversial berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berkuasa
dalam bidang kehakiman Malaysia dan Perancis mengendalikan kes itu, kata Duta
Besar Perancis ke Malaysia, Frédéric Laplanche.
Bercakap berhubung isu itu baru-baru ini, yang menjadi lebih
utama dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 2 bulan kebelakangan susulan pilihan
raya umum lepas, Laplanche berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak lancar, lapor Free Malaysia Today.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerjasama antara pihak berkuasa kehakiman di Perancis dan
Malaysia amat baik. Mereka telah berhubung dengan Peguam Negara Malaysia yang
baru mengenai semua isu berkaitan persoalan pada masa lampau dan saya dapat
merasakan kesediaan yang kuat untuk menjalin kerjasama di kedua-dua pihak.
“Isu ini sedang ditangani dan dikendali oleh pihak yang
kompeten,” katanya dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini, yang diadakan
sempena sambutan Hari Kebangsaan Perancis pada 14 Julai.
Bagaimanapun, Laplanche berkata beliau tidak boleh mengulas
lanjut isu itu kerana ia berada di bawah bidang kehakiman Perancis, yang
merupakan badan bebas di negara tersebut.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dilaporkan berkata bulan
lepas bahawa penubuhan sebuah pasukan petugas akan dibincang dalam Kabinet bagi
menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pembelian 2 kapal selam Perancis pada 2002
ketika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Pada 2002, Najib menyelia pembelian 2 kapal selam jenis
Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut
Perancis, DCN, bernilai hampir €1 bilion (US$1.17 bilion).
Pada Mei, sebaik sahaja kerajaan baru dibentuk, Mohamad Sabu
berkata beliau perlu mendapatkan gambaran penuh berkaitan perkhidmatan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneliti butiran isu dan skandal dalam ATM,
termasuk pembelian kapal selam Scorpene itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel