Connect with us

Berita Lain

Ferrari terbakar milik Aliff Syukri

Aliff Syukri memaklumkan menerusi Instagram kereta Ferrari yang terbakar di Lebuhraya Kesas petang semalam adalah miliknya



SHAH ALAM – Kereta Ferrari yang terbakar di Kilometer 39.5 Lebuhraya Kesas dari arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway, petang semalam milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.


Aliff Syukri memaklumkan perkara itu menerusi satu paparan video dan status di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam video berkenaan, beliau kelihatan bersedih dengan kejadian malah turut memuatkan rakaman video kebakaran kereta model 458 Italia tersebut.


“Aku insan yang lemah.. kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat, kereta kesayanganku aku beli RM1.8 juta.. x ada salah x ada apa tetiba meletop terbakar (tak ada salah tak ada apa tiba-tiba meletup terbakar),” katanya menerusi kapsyen di Instagramnya itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketika kejadian, kereta tersebut dipandu seorang lelaki warga Australia berusia 29 tahun.


Katanya, pemeriksaan mendapati kereta terbakar di lorong paling kiri lebuhraya itu milik seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun.


“Kejadian berlaku kira-kira 4 petang menyebabkan kenderaan mewah itu hangus seratus peratus namun pemandu dapat menyelamatkan diri.


“Pemandu maklumkan kebakaran bermula di bahagian ekzos sebelum berhentikan kereta. Lebih kurang seminit selepas keluar, kereta tersebut meletup dan api marak lebih kurang 30 minit. Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 5 petang,”katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata, laporan kejadian dibuat pada jam 10.30 malam tadi.


Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah kereta mewah jenama Ferrari hangus terbakar dalam kejadian kebakaran petang, semalam.


Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kejadian kebakaran berkenaan menyebabkan kereta mewah itu musnah sepenuhnya namun tiada mangsa terlibat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel