Connect with us

Berita Lain

Guru Pandu Grab Dibogel, Jadi Mangsa Samun Penumpang Sendiri

GEORGE TOWN, 19 Julai ― Polis menahan dua lelaki bagi
membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Grab yang disamun dan
dijadikan tawanan selama lebih 12 jam oleh seorang kaki judi yang menyamar
sebagai penumpang dalam kejadian di Jalan Perak, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dua
lelaki berusia 30-an itu ditahan pada Selasa dan semalam dan pihaknya sedang
mengesan seorang lagi rakan mereka yang turut terlibat dalam kejadian pada 2.30
pagi Isnin tersebut.
“Dua lelaki itu ditahan di sekitar George Town dan kami
masih mengesan seorang lagi lelaki dipercayai rakan mereka yang turut terlibat
dalam kejadian samun serta menjadikan pemandu Grab yang juga seorang guru
sebagai tebusan,” katanya di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya seorang daripada lelaki yang ditahan itu bekerja
sebagai jururunding dan mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah serta
dadah selain turut positif syabu.
Dalam kejadian itu, lelaki berusia 34 tahun berkenaan
mendapat panggilan menerusi aplikasi Grab daripada seorang wanita, namun sebaik
tiba di lokasi mangsa mendapati seorang lelaki meminta untuk dihantar ke Plaza
Gurney sebelum meminta berhenti di rumah ibunya di Taman Seri Perak dan
kemudiannya dua lagi rakan lelaki tersebut turut menaiki kereta mangsa.
Seorang daripada rakan suspek itu mendakwa dia anggota polis
dan bertindak menolak mangsa keluar dari kereta serta merampas kuncinya sebelum
mereka menyelongkar kenderaan guru berkenaan dan mengambil telefon bimbit serta
wang tunai mangsa malah lebih memalukan dia turut dibogelkan dan dirakam
gambarnya.
Mangsa turut dibawa ke sebuah pusat perjudian di Jalan Anson
di sini dan akaun banknya digunakan oleh suspek untuk transaksi perjudian
selain dibawa ke sebuah kedai pajak gadai dan dipaksa menjual telefon bimbitnya
jenis Iphone 6s sebelum pemandu Grab tersebut dibebaskan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU)
ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan dua lelaki yang merupakan
pengedar dadah dalam dua serbuan di Kepala Batas di sini semalam dan merampas
syabu serta heroin bernilai RM2,000.
“Dua lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan pada 6
petang dan 10 malam berdasarkan intipan serta 
risikan yang dijalankan polis sejak dua minggu lepas.
““Mereka dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada
sindiket pengedaran sebelum membungkusnya semula dan menjual kepada pembeli di
sekitar SPU,” katanya.
Katanya dua lelaki yang tidak bekerja itu positif dadah dan
mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. ―
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel