Connect with us

Berita Lain

Hutang RM3 Bil Bukan Sebab Ketidakcekapan Atau Berjoli – Adnan Yaakob

KUANTAN — Bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan
Yaakob hari ini, menjelaskan hutang kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan
yang bernilai RM3 bilion bukan disebabkan ketidakcekapan mengurus atau akibat
berjoli.
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada
pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana
kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.
Adnan yang menjawat jawatan menteri besar selama 19 tahun
sejak tahun 1999 mengakui ‘terkilan dan dukacita’ dengan pandangan mereka yang
tidak memahami isu hutang negeri kerana jumlah yang besar dibelanjakan adalah
untuk kebajikan rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hutang banyak berpunca daripada air dan (pembinaan)
kos rumah rendah yang ditambah apabila ramai tidak membayar hutang rumah
berkenaan.
“Panjang paip di Pahang ini ada 14,000 kilometer, kira
kita boleh pergi ke London dari Kuantan dan ditambah pula bila kita kena ambil
alih 82 rumah pam di kawasan Felda.
“Harap semua faham kenapa hutang kita jumlahnya tinggi.
Ia bukan sebab kita berjoli,” katanya semasa mencelah ucapan Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad pada persidangan pertama
bagi penggal pertama DUN Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Adnan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
(ADUN) Pelangai berkata beliau ‘terpaksa mengguna sidang DUN sebagai platform
untuk menjelaskan isu itu’ kerana beliau telah sedaya upaya melakukan tugasnya
dengan baik sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau berharap penjelasan itu membolehkan
semua pihak memahami rasional di sebalik jumlahnya dan sedar perkara itu bukan
mudah untuk diatasi, mahupun oleh mereka yang pakar dalam ekonomi.
“Kalau bayaran air misalnya daripada RM1 yang dibayar
pengguna, 50 sen adalah subsidi kerajaan. Kalau kita naikkan (tarif) sehingga
100 peratus pun tidak jadi apa… nak untung kena naik sehingga 300 peratus.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tapi kita tidak fikir tentang soal untung kerana kita
lebih mengutamakan soal rakyat,” katanya.
Beliau seterusnya menambah ‘agak geram’ apabila diberitahu
kos penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 pada tahun 2012 perlu ditanggung
kerajaan negeri selain dimaklumkan hutang RM40 juta akibat banjir oleh bekas
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
“Banjir ini bencana alam. Sebab itu hutang kita tinggi.
Kita pernah berbincang dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang bersetuju untuk melupuskan 60 peratus daripada jumlah itu, tapi tak
sempat kerana beliau dipecat,” katanya.
Sementara itu, Ishak dalam ucapannya mengucapkan terima
kasih kepada Adnan atas sumbangan dan pandangan yang dilontarkan beliau sejak
mula memasuki sidang DUN Pahang pada tahun 1986.
Katanya, Adnan telah memberikan perkhidmatan cemerlang dan
membawa Pahang ke arah yang lebih baik termasuk dalam isu kebajikan rakyat,
memperkasakan ekonomi dan pendidikan dalam perkhdimatannya sebagai menteri
besar Pahang paling lama.
“Jasa ini akan terus diingati dan menjadi kenangan dan
saya mengharapkan ADUN Pelangai akan terus memberikan idea yang bernas dan
pandangan yang baik untuk kerajaan negeri Pahang,” katanya.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel