Connect with us

Berita Lain

Isu LTTE: Ramasamy Bertemu Dr Asri, Mujahid Di Jakim Esok

Foto: FMT

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy
akan hadir ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya petang esok
untuk membincangkan mengenai isu dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan
kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ramasamy berkata pertemuan pada 3.30 petang yang diatur
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof
Rawa itu akan turut dihadiri Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Mediasi akan dilakukan oleh Datuk Dr Mujahid dan ini
adalah perjumpaan tertutup. Perbincangan ini adalah satu usaha yang diambil
oleh Datuk Dr Mujahid. Saya memang terbuka dalam hal ini dan saya hormati usaha
Datuk Dr Mujahid. Ini (perbincangan) bukan satu perkara luar biasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau ada peluang untuk perbincangan kita boleh
berjumpa dan mungkin diselesaikan. Perjumpaan ini saya alu-alukan, ini adalah
satu isu penting dalam demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis penyampaian cermin mata percuma kepada 500 warga emas dan
pelajar sekolah oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di Butterworth hari ini.
Ditanya sama ada penceramah agama terkemuka Dr Zakir Naik
akan turut serta dalam pertemuan itu, beliau berkata pertemuan itu tidak
melibatkan Dr Zakir.
Mengulas mengenai demonstrasi oleh beberapa kumpulan yang
mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
di Komtar pada Jumaat lepas, Ramasamy berkata itu adalah perkara biasa dalam
suasana politik bebas dan beliau tidak mempunyai masalah asalkan mereka
mengikut undang-undang.
Katanya isu itu kini dalam siasatan polis dan beliau
menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat.
“Polis sudah ambil kenyataan saya minggu lepas dan
sebelum itu lagi. Setakat ini saya tidak terima apa-apa ugutan berhubung
perkara ini. Kalau saya terima ugutan saya akan laporkan kepada polis,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, Mujahid dilaporkan sedia menawarkan diri
menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan konflik pertikaian antara Dr Zakir dan
Ramasamy susulan cadangan penganjuran perdebatan secara terbuka antara
penceramah agama terkemuka dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perai itu oleh
Mufti Mohd Asri bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.
Gambar yang memaparkan Ramasamy dan ahli politik pro-LTTE V.
Gopalasamy yang dikatakan diambil dalam majlis perkahwinan baru-baru ini tular
di media sosial dan menimbulkan dakwaan ahli politik DAP itu mempunyai hubungan
dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.
Susulan itu, pelbagai pihak tampil membuat lebih 50 laporan
polis terhadap Ramasamy kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel