Connect with us

Berita Lain

Jamal akan didakwa lari dari tahanan



SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos akan didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.


Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Jamal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jakarta, Indonesia pada pukul 2.15 petang ini.


“Beliau akan terus dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.


Beliau berkata, Jamal juga mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.


Katanya, waran tangkap tersebut dikeluarkan kerana Jamal melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadapnya.


Pada Rabu, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan dihantar ke Indonesia bagi membawa pulang Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Isnin lalu, Jamal telah ditahan Polis Indonesia pada pukul 6.15 petang di Jakarta.


Pada 25 Mei lalu, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri sebelum disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.


Jamal yang juga merupakan Ketua Gerakan Baju Merah sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu. – Sinar Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel