Connect with us

Berita Lain

Janji Royalti 20% Tidak Penuhi Kehendak Rakyat – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen dari Sabah tidak percaya
kefahaman kerajaan pusat mengenai pemberian royalti minyak 20% memenuhi
kehendak rakyat negeri itu.
Bercakap kepada FMT semalam, Ahli Parlimen Kinabatangan
Datuk Bung Moktar Radin berkata berdasarkan kefahamannya, maksud kenyataan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ialah pengagihan royalti 20% daripada
keuntungan hasil minyak yang dikeluarkan oleh negeri berkaitan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya percaya Sabah dianggarkan mengeluarkan kira-kira 30%
daripada hasil keseluruhan minyak. Jadi royalti 20% ke atas keuntungan ialah
sebanyak 5.6%, iaitu pertambahan hanya 0.6% untuk negeri Sabah.”
Bagaimanapun Bung berkata, beliau akan menunggu kerajaan
pusat memberi penjelasan terperinci mengenai royalti 20% yang dimaksudkannya.


Seorang aktivis politik Sarawak percaya kenyataan Dr
Mahathir itu hanyalah kata-kata manis dan bertujuan mengelirukan Parlimen serta
rakyat, terutamanya pemimpin serta rakyat negeri yang mengeluarkan minyak.
Bersependapat dengan Bung Moktar, Zulfaqar Sa’adi berkata,
janji Dr Mahathir sebenarnya melanggar Akta Pembangunan Petroleum itu sendiri,
sekali gus menimbulkan persoalan sama ada perdana menteri berniat meminda akta
berkenaan dalam persidangan Parlimen akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Cadangan Dr Mahathir juga bercanggah dengan Perkara
112C(4)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan royalti ad valorem maksimum
ialah sebanyak 10%.
“Jadi bagaimanakah seorang individu boleh mengatasi
Perlembagaan Persekutuan dan berkata beliau akan meningkatkan bayaran royalti
kepada 20%? Ini tidak mungkin berlaku melainkan Perlembagaan dipinda,” katanya.

– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel