Connect with us

Berita Lain

Kerajaan, pembangkang ‘tukar’ tempat duduk

Kedudukan baru di Dewan Rakyat dengan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah di blok kerajaan manakala Ahmad Zahid serta Najib di blok pembangkang.



SIDANG Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14, bermula hari ini menyaksikan kerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang, berada kedudukan pertama barisan kiri Dewan Rakyat iaitu kedudukan kebiasaan bagi jawatan itu.


Kedudukan Ahli Parlimen itu adalah bersebelahan dengan kerusi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut jurucakap Parlimen, di kedudukan ketiga di barisan pembangkang adalah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


“Ia diikuti dengan kerusi Ahli Parlimen Jeli yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabanga dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed; Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang); Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) serta bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera).


“Di sebelah Ismail Sabri pula adalah kerusi bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) diikuti kerusi bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Putrajaya),” katanya kepada NSTP.


Dalam pada itu, di barisan kanan Dewan Rakyat adalah blok kerusi untuk Ahli Parlimen kerajaan.


Selaku Perdana Menteri, kerusi Tun Dr Mahathir Mohamad (PH-Langkawi) itu berada di kedudukan pertama, kedudukan biasa untuk Perdana Menteri.


Kerusi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) di kedudukan kedua, bersebelahan dengan Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kerusi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kedudukan ketiga, diikuti kerusi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula di kedudukan kelima.


Difahamkan, susunan kedudukan itu adalah amalan biasa negara berparlimen, iaitu bahagian kanan di dalam Dewan Rakyat adalah khas bagi kerajaan dan penyokongnya dengan kerusi pertama adalah untuk Perdana Menteri diikuti barisan Kabinetnya.


Barisan kiri pula menempatkan Ketua Pembangkang dan barisan pembangkang.


Sementara itu, kedudukan Ahli Parlimen Bebas adalah di barisan E di Dewan Rakyat.


Seramai 221 Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hari ini kecuali Muhyiddin yang dilaporkan baharu selesai menjalani pembedahan.


Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 itu akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pagi esok.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel