Connect with us

Berita Lain

Malaysia Berhak Kemuka Harga Baharu Air Kepada Singapura – Bekas Exco


JOHOR BAHRU – Malaysia mempunyai hak untuk mengemukakan
kadar baharu harga jualan air mentah yang ditetapkan untuk Singapura, Ketua
Pembangkang Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
Bekas pengerusi 
Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor itu
berkata hal berhubung hak itu telahpun disahkan oleh pihak peguam negara.
Malah menurutnya semakan semula terhadap kadar jualan sedia
ada juga adalah dibenarkan dalam perjanjian yang dimeterai antara Singapura dan
Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Justeru, kerajaan negeri (Johor) tidak perlu bimbang. Saya
percaya (Perdana  Menteri) Tun Dr
Mahathir Mohamad mempunyai ‘political will’ untuk melaksanakan tuntutan
(menaikkan kadar) ini, walaupun berkemungkinan Singapura akan mengaitkan ia
dengan isu Pulau Batu Puteh selain menaikkan juga harga air terawat yang
Singapura bekalkan kepada Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari
ini.
Beliau menggulas hasrat kerajaan negeri Johor yang mahu
menaikkan harga air mentah yang dijual kepada republik itu pada kadar yang
berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
Menurut Menteri Besar Johor 
Datuk Osman Sapian, harga baharu itu berkemungkinan sama dengan kadar
jualan air mentah yang ditetapkan untuk kerajaan Melaka iaitu 50 sen bagi
setiap 1,000 gelen.
Namun keputusan berhubung langkah itu belum dicapai setakat
ini, biarpun sudah dibincangkan dengan Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengikut perjanjian air Malaysia-Singapura 1962 yang
berakhir pada tahun 2061, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen
air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen.
Malaysia kemudiannya membeli semula sebahagian daripada
bekalan itu yang telah dirawat oleh Singapura pada kadar 50 sen bagi setiap
1,000 gelen.
Semalam, Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan
dilaporkan sebagai berkata bahawa pihaknya akan mematuhi sepenuhnya terma
perjanjian air dengan Malaysia termasuk harga air yang termaktub di bawah
perjanjian itu dan berharap Malaysia turut akan berbuat demikian.
Ini kerana perjanjian itu, katanya bukan perjanjian biasa
kerana telah dijamin oleh Singapura dan Malaysia di bawah Perjanjian Pemisahan
1965 yang kemudian didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Sebarang pelanggaran akan menyebabkan Perjanjian Pemisahan
yang menjadi asas bagi kewujudan Singapura sebagai sebuah negara yang merdeka
lagi berdaulat dipersoalkan.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel