Connect with us

Berita Lain

Maut selepas berkelahi di parkir



LELAKI berusia 53 tahun meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri akibat terbabit pergaduhan dengan tiga lelaki di parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Perkasa, Kuala Lumpur, malam tadi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9.30 malam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai bermula apabila mangsa secara tiba-tiba menahan seorang wanita daripada memasuki sebuah kereta di parkir itu.


“Ia menyebabkan suami kepada wanita itu dan dua lagi adiknya datang ke situ, sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.


“Kemudian, mangsa dikatakan sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui NSTP.


Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.


Muhammad Najib berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan memegang batang kayu ketika pergaduhan berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Selain itu katanya, terdapat kesan kecederaan pada muka mangsa.


“Siasatan juga mendapati lelaki itu dipercayai tidak siuman dan pernah menerima rawatan di hospital,” katanya.


Muhammad Najib berkata, susulan kejadian, polis menahan suami wanita terbabit dan dua adiknya bagi membantu siasatan.


Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel