Connect with us

Berita Lain

Mekanisme Dana Terbit Filem Di RTM Mudah Tiris – Gobind

Foto: The Sun Daily

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Kementerian Komunikasi dan
Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan
penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio
Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada
mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan.
“Selepas menerajui kementerian ini, kita melihat ada
banyak aduan yang dibawa khususnya mengenai ketirisan. Saya lihat sistem dan
mekanisme (sedia ada) yang digunakan tidak ketat dan mengundang keadaan-keadaan
ketirisan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya harap dalam masa satu atau dua bulan lagi, saya dapat
umumkan mekanisme baharu itu bagi pastikan supaya dana yang disalurkan untuk
tujuan tertentu digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu dan bukannya untuk
tujuan-tujuan lain,” katanya menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni
(PBB-Sibuti) mengenai perkara itu pada pada sesi soal jawab persidangan Dewan
Rakyat di sini hari ini.
Gobind Singh juga memberi jaminan bahawa penyaluran dana
untuk penerbitan dokumentari dan filem pendek akan diteruskan.
Katanya, sehingga Jun tahun ini, sebanyak RM19.56 juta telah
disalurkan untuk penerbitan dokumentari manakala RM1.33 juta untuk penghasilan
filem pendek.
“Dana seperti Dana Kandungan Digital (DKD) yang merangkumi
Dana Mikro, Dana Pembangunan, Dana Produksi, Dana Kerjasama Produksi, Dana
Pemasaran dan Dana Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kami nak pastikan kesemua dana tersebut disalurkan secara
holistik dan kita guna bagi memberikan mereka kesungguhan untuk menghasilkan
lebih banyak dokumentari yang mempunyai nilai itu,” katanya.
Beliau juga berkata produksi RTM sentiasa memberi tumpuan
kepada usaha mengeratkan hubungan kaum di negara ini. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel