Connect with us

Berita Lain

Menteri Dedah 30 Peratus Kedai Mamak Naikkan Harga Walau GST Sifar

Datuk Saifuddin Nasution Ismail – Foto: The Star

PUTRAJAYA, 12 Julai — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30 peratus restoran mamak di seluruh
negara menaikkan harga makanan selepas penguatkuasaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan
tersebut diperolehi hasil tinjauan kementerian melalui perbandingan harga
makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar itu.
“Kami dapati harga makanan di 30 peratus kedai mamak telah
berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksikan penurunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih
degil untuk tidak menurunkan harga makanan,”katanya pada sidang media selepas
menghadiri perhimpunan bulanan kementerian pertamanya sejak dilantik sebagai
menteri, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata hasil tinjauan juga memerlukan
kementerian memikirkan tindakan yang bersesuaian memandangkan penguatkuasaan di
kementerian itu banyak menggunakan pendekatan mendidik berbanding mendenda
peniaga.
“Untuk kesalahan pertama kita akan nasihat, asalkan tiada
pelanggaran undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit
berulang barulah tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pihaknya sedang
merangka dasar pembaziran sifar yang merangkumi polisi untuk mengurangkan
ketirisan subsidi barangan keperluan pengguna.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Dasar terbabit turut mengandungi polisi bank makanan iaitu
pasar raya akan mengagihkan lebihan barangan keperluan pengguna kepada golongan
sasaran.
“Kami harap dengan adanya dasar ini program (bank makanan)
akan disertai oleh pasar raya atau gedung terkemuka untuk sama-sama membantu
golongan yang memerlukan,” katanya.
Menurutnya, polisi tersebut telah dilaksanakan di negara
maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Singapura dan ia boleh dilaksanakan
di Malaysia selepas diubah mengikut kesesuaian. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel