Connect with us

Berita Lain

Murid Maut Dilanggar Lori Ais

PERMAISURI: Seorang murid Tahun Satu Pendidikan Khas maut
dilanggar lori ais di sebuah kedai di Kilometer 9, Jalan Sungai Tong-Pelong di
Kampung Langkap, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, Muhammad ‘Afeef Mohd
Adnan, 7, yang tidak ke sekolah kerana sakit kaki selepas terjatuh dari bukit
semalam, dikatakan keluar ke kedai berhampiran rumah neneknya di Kampung
Langkap di sini, sebelum dirempuh lori ais berkenaan.
Bapa mangsa, Mohd Adnan Che Ibrahim, 34, berkata anaknya
yang juga murid Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek di sini, mengadu sakit kaki
selepas terjatuh ketika mendaki bukit di rumah mereka di Chalok, petang
semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Oleh sebab kurang sihat, saya menghantar Muhammad
‘Afeef ke rumah neneknya sebelum ke tempat kerja.
“Saya terkejut apabila menerima panggilan ahli keluarga
memaklumkan kejadian dan segera ke rumah neneknya,” katanya yang bekerja
sebagai ahli farmasi.
Mohd Adnan berkata, anaknya dikatakan dua kali ke kedai
berhampiran rumah mentuanya itu untuk membeli mainan dan aiskrim.
“Anak saya dikatakan berada di tepi jalan berhampiran
lori ais sebelum dirempuh kenderaan itu yang dipandu seorang lelaki ketika mahu
bergerak selepas selesai menghantar ais di kedai runcit berkenaan.
“Pemandu itu dikatakan tidak menyedari anak saya ada di
situ.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Muhammad ‘Afeef cedera di kepala dan disahkan
meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan
Zulkifli Mat Deris, berkata pemandu lori berusia 38 tahun itu ingin memulakan
perjalanan selepas selesai menghantar ais di kedai runcit di situ.
“Dia berasa terlanggar sesuatu dan terkejut menemui
seorang kanak-kanak di bawah lori.
“Pemandu berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setiu
dan polis sudah mengambil keterangannya,” katanya sambil menambah kes
disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk
bedah siasat manakala lori terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan
Berkomputer (PUSPAKOM) untuk siasatan lanjut,” katanya.
-Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel