Connect with us

Berita Lain

Najib Ingatkan Dr M, Janji Tetap janji


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik
kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak menepati manifesto mereka
dalam isu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Menulis dalam laman Facebooknya, Najib menegaskan adalah
tidak adil dan tidak betul apabila parti politik mendapat kuasa dengan menipu
rakyatnya.
Memetik laporan Sinar Harian Najib berkata lagi, rakyat selepas ini tidak seharusnya terus
menerima apa saja alasan dikemukakan kepimpinan Harapan dalam masa lima tahun mendatang.
“Kami di pihak BN merancang manifesto PRU14 dengan
sangat teliti malah kami berulang kali melihat dan mengkaji semula kerana saya
mahu pastikan setiap janji dibuat mampu ditepati.
“Mungkin kami terlalu berhati-hati dan hanya janjikan
perkara yang kami boleh tunaikan. Mungkinkah saya ambil pendekatan berbeza?
Tidak sama sekali.
“Saya bercakap mewakili rakyat dan akan menuntut supaya
kerajaan Harapan menunaikan manifestonya kerana janji adalah janji,”
katanya dalam kenyataan itu.


Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik Datuk Mohamad Ariff Md Yusof
sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.
Pelantikan Mohamad Ariff dilihat melanggar manifesto Harapan
sebelum ini yang menetapkan Yang Dipertua Dewan Rakyat mestilah dalam kalangan
ahli Parlimen.
Begitupun, Dr Mahathir menegaskan manifesto hanyalah panduan
dan bukannya kitab yang harus dipatuhi semuanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel