Connect with us

Berita Lain

Najib Nafi Arah Tulis Surat Minta Bantuan Pada CIA

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mengarahkan
bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menulis surat kepada
Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan negara
itu, menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Bekas perdana menteri juga berkata beliau tidak tahu menahu
berkaitan surat itu dan apa yang dilaporkan berkaitan surat-menyurat yang
mencadangkan bertujuan mendapatkan sokongan AS selepas, bukan sebelum pilihan
raya.
“Saya terkejut,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.
“Saya tidak tahu pun kewujudannya.
“Bukan semua surat kena lalu saya,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib berkata, agensi kerajaan, termasuk yang berkaitan
dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan
tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri.
“Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa
yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan
AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan
kestabilan selepas pilihan raya.
“Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan
bantuan AS untuk menang pilihan raya – tetapi selepas pilihan raya,” katanya.
Najib berkata surat itu mungkin dihantar dengan niat
memelihara kestabilan kerajaan selepas kerajaan jika terdapat kemenangan tipis.
“Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu
supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham,” tambahnya.
Setelah melihat tiga halaman surat bertarikh 4 Mei kepada
pengarah CIA ketika itu Gina Haspel, Malaysiakini sebentar tadi melaporkan
surat itu meminta dukungan AS terhadap pentadbiran Najib jika BN menang mudah
atau hanya menang satu kerusi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Surat itu menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan
mesra AS sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu
memimpin barisan pembangkang, sebagai “anti-Barat”.
Sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Harapan
mengesahkan kesahihan surat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, sumber yang dekat dengan Najib menyuarakan
rasa kecewa dengan tuduhan Najib khianat pada negara dengan kewujudan surat
itu.
“Sedangkan ia dilihat seperti dihantar dengan hasrat baik
supaya negara ini tidak jatuh ke kancah sengketa awam atau demonstrasi besar
selepas PRU14 jika kerajaan tergantung atau kemenangan tipis berlaku.
“Bukankah kerajaan sekarang mempunyai perkara lebih
penting selain membocorkan surat perisikan ketenteraan yang sensitif di antara
negara-negara kepada media untuk terus memfitnah Najib?
“Sebagai contoh, perkara lebih penting seperti mentadbir
negara sekarang memandangkan kamu yang berkuasa,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel