Connect with us

Berita Lain

Orang Melayu Kini Terbangsat Di Negara Sendiri, Kata Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan, orang
Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai
pemerintah.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO, berkata selepas
menyelesaikan pemilihan, semua ahli UMNO kini perlu meletakkan kepentingan
parti sebagai keutamaan mereka, dalam usaha membina semula kekuatan.
Najib juga menggesa semua pihak dalam parti itu, belajar dari
kesilapan lalu, sambil memperkuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita hendaklah berhenti berbalah. Elakkan membuat
tohmahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika ingin memulihkan kekuatan
parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.
“Orang Melayu tidak boleh berharap kepada kerajaan
Pakatan Harapan untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib mereka. Ini
kerana kekuatan parti Melayu mereka (PH) datang dari sokongan orang bukan
Melayu,” katanya dalam catatan terbaru menerusi Facebook, malam ini.
Najib mendakwa, setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan
mengizinkan pencabulan terhadap bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera juga
tidak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara
sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita (UMNO) sudah terlepas kuasa dan mesti
tabah hadapi ujian Allah SWT ini.
“Insya-Allah, dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh
dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya
orang Melayu,” katanya.



– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel