Connect with us

Berita Lain

Pecah botol arak: Jamal didenda RM400

JAMAL dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini selepas didenda RM400 apabila mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi, tahun lalu. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat.



MAHKAMAH Majistret Shah Alam, hari ini menjatuhkan hukuman denda maksimum RM400 terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengaku bersalah atas pertuduhan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, tahun lalu.


Tertuduh yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Mengikut pertuduhan, dia didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.


Perbuatan itu dilakukan di hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan, pada 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.


Justeru, Jamal, 48, didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Haziqah Zulkifli, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd Imran Tamrin.


Terdahulu, Mohd Imran memohon jumlah denda dikurangkan kepada RM50 dengan alasan perbuatan itu dilakukan hanya sekadar gimik bagi membantah pesta arak ‘OktoberFest’ yang bakal berlangsung di negeri ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Tujuan sebenar gimik itu dilakukan atas kepentingan awam walaupun ia mendatangkan bahaya.


“Pada pendapat beliau (Jamal), meminum arak kesannya lebih bahaya daripada gimik yang dilakukan itu,” katanya.


Namun, Amirah memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira posisi Jamal sebagai individu dikenali dan memberi pengajaran akan kesalahan dilakukannya.


Dalam pada itu, puluhan penyokong Jamal dilihat hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan seawal 8 pagi.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel