Connect with us

Berita Lain

Penganggur rogol dan liwat anak tiri dipenjara 25 tahun, 15 sebatan

KEMAMAN – Perbuatan durjana seorang lelaki mengkhianati
amanah dengan merogol dan meliwat anak perempuan tirinya yang berusia lapan
tahun dalam dua insiden berasingan baru-baru ini berbalas apabila dia dijatuhi
hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy menjatuhkan hukuman demikian
selepas tertuduh yang merupakan seorang penganggur berusia 54 tahun mengaku
bersalah setelah kertas pertuduhan dibacakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Kosmo, berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan
perbuatan merogol mangsa yang merupakan murid tahun dua di sebuah sekolah di
daerah ini antara 1 hingga 22 Jun lalu manakala bagi perbuatan liwat pula, ia
didakwa berlaku di rumah mereka di daerah ini pada 13 Julai lalu.
Bapa tiri mangsa didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C akta sama kerana melakukan
persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Marsilawati
Mohamad Shah manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel