Connect with us

Berita Lain

PH Kalah, Jika Pas-BN Bergabung

Di sebalik sindiran PH terhadap Pas, gabungan itu sebenarnya
terhutang budi dengan Pas.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa ini
kerana jika Pas-BN serius mahu bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU14
lalu.
Jelasnya, dakwaan ini Ini berdasarkan kemenangan PH di 113
kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen
sahaja jika BN-Pas bergabung.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sementara kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula
akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-Pas di 126 kerusi Parlimen jika
Pas-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU14
lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Menurut Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu, perubahan
ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-Pas di 29 kerusi
Parlimen.
“Iaitu di Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena,
Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai, Kulim-Bandar Baharu, Parit
Buntar, Tambun, Lumut, Tanjong Malim, Raub, Indera Mahkota,  Kuantan, Temerloh, Bentong, Sungai Besar,
Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar, Kuala Langat,  Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Tangga Batu
dan Sri Gading,” jelasnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18
kerusi Parlimen dimenangi Pas ke dalam gabungan BN-Pas membabitkan
kerusi-kerusi Pendang, Jerai, Sik, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir
Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Setiu,
Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Justeru tegasnya, PH patut bersyukur dan berterima kasih
kepada Pas kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU14 lalu kerana jika tidak
maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel