Connect with us

Berita Lain

‘Sampah Sarap’ Dalam Nafas Akan dibersihkan – Salahuddin

ALOR SETAR – ‘Kerja-kerja pembersihan’ di dalam Pertubuhan
Peladang Kebangsaan (Nafas) yang digantung sementara pengurusannya memerlukan
masa kira-kira dua bulan lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ketika ini proses membuang ‘sampah sarap’
yang berada di dalam agensi kerajaan itu sedang dijalankan, bagi membolehkan ia
kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar
membela peladang di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan bermula dengan era baru (Nafas), jadi yang
mungkin berdepan tindakan perundangan kita izinkan mereka diambil tindakan,
manakala yang tidak bersalah jangan bimbang mereka tidak akan
diapa-apakan,” katanya.
Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri
Majlis Ramah Mesra bersama nelayan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Kuala
Kedah di sini hari ini yang dihadiri lebih 1,000 nelayan.
Nafas merupakan agensi pertama kementerian itu yang diambil
tindakan serius selepas laporan 
Pendaftar Pertubuhan Peladang mendapati berlaku salah guna kuasa dan
ketirisan yang boleh menyebabkan kerugian entiti Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP)  dan rakyat Malaysia
keseluruhannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Penggantungan pengurusan Nafas berkuatkuasa 1 Jun lalu
adalah bagi membolehkan siasatan berkaitan tadbir urus, salah guna kuasa dan
ketirisan yang melibatkan anggota Jemaah Pengarah dan pengurusan  dilakukan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel