Connect with us

Berita Lain

‘Saya Tiada Masalah Untuk Isytihar Harta’ – Mohamad

KUALA LUMPUR — Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedia
menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan
harta miliknya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam
masa terdekat.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata sebelum
ini beliau pernah mengisytiharkan hartanya kepada sebuah badan penyelidikan
bebas INVOKE yang diasaskan oleh bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tidak ada masalah, bila-bila masa saya boleh
mengisytihar harta saya, dulu saya pernah isytihar kepada INVOKE,” katanya
kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian
Pertahanan di kementerian itu di sini, hari ini.
Berhubung  penubuhan
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah, beliau berkata banyak perkara
yang “boleh dan tidak boleh” telah dijelaskan pada taklimat khas oleh
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) hari ini.
Menurutnya semua pemimpin kerajaan termasuk perdana menteri
dan  timbalan perdana menteri tidak
terkecuali untuk isytiharkan sebarang bentuk hadiah yang diterima jika bernilai
lebih RM500 kepada SPRM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Hari ini, perdana menteri 
berkata kerajaan masih menimbangkan sebanyak mana maklumat akan
didedahkan kepada umum berkaitan dengan aset anggota Parlimen dan keluarga
mereka supaya ia tidak menjejaskan privasi 
mereka.
Setakat ini, beliau berkata tiada siapa yang telah
mengisytiharkan aset mereka dan tiada tempoh masa diberikan untuk berbuat
demikian.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas
menghadiri taklimat khas GIACC.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel