Connect with us

Berita Lain

Singapura Patuhi Sepenuhnya Terma Perjanjian Air 1962, Berharap Malaysia Juga Patuhi


SINGAPURA – Singapura akan mematuhi sepenuhnya terma
Perjanjian Air 1962 dengan Malaysia, termasuk harga air yang termaktub di bawah
perjanjian itu, dan berharap Malaysia juga akan berbuat demikian, akhbar The
Straits Times melaporkan hari ini.
Laporan itu yang memetik Menteri Luar Singapura Vivian
Balakrishnan di Parlimen hari ini ,berkata perjanjian 1962 itu “bukan
perjanjian biasa”.
“Perjanjian Air 1962 dijamin oleh Singapura dan
Malaysia di bawah Perjanjian Pemisahan 1965 yang kemudian didaftarkan dengan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),” kata beliau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebarang pelanggaran Perjanjian Air 1962 akan
menyebabkan Perjanjian Pemisahan yang menjadi asas bagi kewujudan Singapura
sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat dipersoalkan.”
Dr Balakrishnan menarik perhatian bahawa menteri-menteri
luar terdahulu telah menegaskan mengenai pendirian Singapura tentang isu ini
secara komprehensif iaitu Professor S. Jayakumar pada 2003 dan K. Shanmugam
pada 2014.
“Seperti ditegaskan ketika itu, isu utama ialah “bukan
berapa banyak kita bayar tetapi bagaimana sebarang semakan harga
diputuskan,” kata Dr Balakrishnan.
“Baik Malaysia mahupun Singapura tidak boleh secara
unilateral mengubah terma perjanjian ini antara kedua-dua negara kita.”
Menurut laporan tersebut, ia melibatkan kos RM2.40 bagi
Singapura untuk merawat setiap 1,000 galon air.
Selepas itu, dengan menjualnya kepada Malaysia pada harga 50
sen, Singapura menyediakan subsidi sebanyak RM1.90 bagi setiap 1,000 galon.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Setelah membeli air yang telah dirawat, Johor kemudian
menjualnya kepada rakyat pada harga RM3.95 bagi setiap 1,000 galon, dengan
memperoleh keuntungan RM3.45 bagi setiap 1,000 galon atau RM46 juta setahun,
kata laporan tersebut.
Bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir
Mohamad dilaporkan telah mengkritik perjanjian air 1962 sebagai “terlalu mahal”
dan kemungkinan mahu merundingkan semula perjanjian itu.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian
berkata harga baharu itu mungkin sama dengan harga air mentah yang ditetapkan
bagi kerajaan Melaka iaitu 50 sen bagi setiap 1,000 galon.
Menurut perjanjian air antara Malaysia dan Singapura, yang
tempohnya berakhir pada 2061, Malaysia membekalkan kepada Singapura 250 juta
galon air mentah sehari pada harga 3 sen setiap 1,000 galon.
Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada air
yang telah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 galon.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel