Connect with us

Berita Lain

Tak sempat mencelah…



DUA wanita, termasuk seorang pelajar Tingkatan Lima meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ayer Paabas, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di Melaka, semalam.


Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Nurul Farizatul Huza Nor Affandi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Talib Karim dan Azlida Ahmad, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sebelum kejadian, Nurul Farizatul Huza yang menunggang motosikal Yamaha LC dibonceng Azlida dan mereka dalam perjalanan dari arah Alor Gajah ke Simpang Ampat.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai apabila motosikal mangsa, sebuah lori dan Perodua Kenari berhenti di persimpangan lampu isyarat Ayer Paabas.


“Sejurus lampu merah bertukar hijau, mangsa yang menunggang motosikal cuba mencelah dari belakang antara lori dipandu lelaki berusia 48 tahun dan Perodua Kenari dipandu jururawat lelaki berusia 30 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Ketika mencelah, motosikal mangsa dipercayai terlanggar bahagian kiri belakang Perodua Kenari lalu terbalik betul-betul di bawah kepala lori. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel