Connect with us

Berita Lain

Tidak Lanjut Reman, Pegawai Khas Rosmah Dibebaskan


PUTRAJAYA – Bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan
pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki
berpangkat Datuk itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang
penjamin selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi, lapor Kosmo.
Terdahulu, lelaki berusia 44 tahun itu yang diwakili peguam
Ridha Abdah Subri tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini pada pukul
10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Ridha, SPRM telah memohon wang jaminan sebanyak
RM100,000, namun mahkamah membenarkan individu itu dibebaskan dengan wang
jaminan yang dikurangkan kepada RM16,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum ini, pegawai khas berkenaan ditahan reman selama
enam hari selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, Isnin lalu.
Projek pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di
Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion sedang disiasat oleh SPRM berikutan
pelaksanaan projek berkenaan tidak melalui tender terbuka Kementerian
Pendidikan sebaliknya diberikan secara terus kepada sebuah syarikat sewaan
kereta di Bintulu, Sarawak.
Sebelum ini SPRM sudah menahan seramai tiga individu
termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek
berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Skandal tersebut mencetus kontroversi apabila laporan sebuah
portal berita, Sarawak Report, melaporkan pada Januari 2017, bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan projek tersebut kepada
sebuah syarikat penyewaan kenderaan yang beroperasi di Bintulu, Sarawak, yang
dikenali sebagai Jepak Holdings Sdn. Bhd.
Portal tersebut telah menyiarkan beberapa surat yang
ditandatangani oleh Najib mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk
menganugerahkan projek dan membuat pembayaran terus kepada syarikat tersebut
walaupun terma dalam kontrak tidak berjaya dipenuhi oleh syarikat terbabit.
Difahamkan, kakitangan Kementerian Pendidikan yang
mempersoalkan tentang perkara tersebut telah ditukarkan daripada jawatan
mereka.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel