Connect with us

Berita Lain

Tony Pua Dedah Sebab Tak Dilantik Jadi Menteri

Foto: TMI

Ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk
jemaah menteri kabinetnya selepas PRU14, timbul persoalan mengapa Anggota
Parlimen Damansara Tony Pua tidak terpilih menjadi menteri.
Pua yang menang majoriti parlimen paling besar dalam PRU14
itu terkenal pengkritik hebat skandal 1MDB dan pernah menjadi anggota
Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC) yang ditugaskan menyiasat syarikat
pelaburan dana negara itu.
Pada suatu forum di kawasan parlimennya hari ini, Tony Pua
mendedahkan sebab beliau tidak terpilih sebagai jemaah menteri adalah kerana
beliau memilih berada dalam kerajaan sebagai pegawai khas kepada Menteri
Kewangan Lim Guan Eng.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia pilihan dan saya fikir ia pilihan tepat kerana
kementerian kewangan sangat besar. Tiada seorang pun yang dapat mentadbirnya
bersendirian.
“(Kami perlu untuk) bekerja dengan pegawai kementerian,
melihat dasar-dasar, isu-isu… saya fikir keberadaan saya di situ membolehkan
keadaan dapat diatur dnegan pantas.
“Itulah keputusan yang menggembirakan saya,” kata
beliau memberitahu forum anjuran DAP di Petaling Jaya hari ini.
Pua dan MP Bangi Ong Kian Ming dilantik menjadi pegawai khas
Lim bermula 22 Mei lalu tanpa sebarang bayaran.
Kemudian, Ong dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan
dan industri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut Pua kerja-kerjanya di kementerian kewangan lebih
memberi kepuasan berbanding menjadi menteri atau timbalan menteri, maka sebab
itulah beliau tidak dinamakan DAP dalam senarai cadangan menteri.
“Cukup jelas, mungkin saya boleh berbuat lebih banyak
dengan menjadi ‘macai’ membantu Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan melakukan
perkara-perkara yang saya baik, melakukan perkara-perkara yang saya suka
lakukan dan mendapat banyak kepuasan berbanding mengambil jawatan menteri atau
timbalan menteri…”
“Bukanlah saya ini dipinggirkan parti, parti tidak mahu
saya atau apa saja. Saya sendiri yang menaip (senarai menteri DAP) itu,”
katanya.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel