Connect with us

Berita Lain

Tun M Kelirukan Dewan, Kemuka Fakta Tidak Benar?

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Shahril
Sufian Hamdan menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas
mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan beliau berhubung hutang negara
semasa pentadbirannya.
Menurutnya, kenyataan Dr Mahathir menyatakan bahawa hutang
kerajaan pada 1980an dan 1990an adalah kurang dari RM 300 bilion atau sekitar
27 peratus KDNK negara pada waktu itu adalah tidak benar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambah beliau, semakan dari data diperolehi dari laman web Kementerian
Kewangan mendapati jawapan perdana menteri adalah jauh tersasar dari fakta
sebenar.
“Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh itu
tidak melebihi RM 300 bilion namun apabila dibandingkan dengan KDNK, perdana
menteri telah beri jawapan tidak benar dan mengelirukan dewan.
“Sebagai rekod, sepanjang tempoh pentadbiran kali
pertama perdana menteri bermula 1981 hingga 2003, kadar hutang kerajaan
berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan pada tahun 1997 iaitu 31.9
peratus.
“Manakala rekod tertinggi dicatatkan pada 1986 iaitu
103.4 peratus berbanding KDNK. Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam
sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di
laman Facebooknya, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Tambah Shahril Sufian, beliau kecewa dengan tindakan perdana
menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini kerana ia sepatutnya dijadikan ruang
buat kerajaan menyatakan kebenaran.
“Apa dilakukan perdana menteri pada pagi tadi adalah
sangat mengecewakan. Jumlah 27 peratus yang disebut bukan sahaja tidak tepat
malah boleh ditafsirkan salah secara mutlak dan terang,” ujarnya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel