Connect with us

Berita Lain

Tun M Masih Berbisa, Sinis Jawab KJ

Tun Dr Mahathir Mohamad terus mencuri tumpuan pada sesi
sidang Dewan Rakyat apabila buat pertama kali menjawab soalan yang diajukan
selepas ‘berehat’ 15 tahun.
Perdana menteri boleh dikatakan ‘masih berbisa’ dan secara
sinis apabila menjawab soalan tambahan yang dikemukan Ahli Parlimen Rembau,
Khairy Jamaluddin.
Bekas menteri belia dan sukan itu membangkitkan janji dalam
menifesto Pakatan Harapan (PH) yang akan ditunaikan atau ia sekadar pandauan.
Menjelaskan perkara itu, Dr Mahathir (PH-Langkawi) berkata,
kerajaan PH tidak menganggap janji manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) sebagai al-Quran atau Bible.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tak sedar bahawa Rembau (Khairy) anggap manifesto itu
sebagai buku suci, kalau pun dia anggap demikian kami di sebelah sini anggap
ianya manifesto yang tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila
kita cuba laksanakan kita dapati ada banyak rintangan.

“Umpamanya undang-undang lama yang telah digubal bekas
kerajaan, semua ini menjadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.
“Kalau kami berdosa, kami tanggunglah, tapi kami tidak
anggap manifesto sebagai al-Quran atau Bible,” kata Dr Mahathir sambil disambut
dengan ketawa ahli Yang Berhormat di dewan persidangan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tumpuan kerajaan PH bukan
sekadar melaksanakan janji-janji, malahan berusaha untuk memperbaiki semula pentadbiran
negara.
“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu
dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan
daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang
melanda jentera kerajaan terdahulu.
“Bagaimanapun masih ada masa kerana belum sampai 100
hari lagi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Soalan pertama yang diajukan kepada Dr Mahathir adalah
berkaitan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran kerajaan PH dikemukakan Fong Kui
Lun (DAP-Bukit Bintang).
Menjawab soalan itu, beliau mengakui selepas 70 hari
membentuk kerajaan pada 10 Mei lalu, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana,
enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.
Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah, selain itu, janji yang tidak
melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam
melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
katanya.
“Tumpuan bukan hanya pada 10 janji ini. Dalam 100 hari
banyak kerja perlu dilaksanakan kerajaan,” katanya.




– mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel