Connect with us

Berita Lain

Video kontroversi: Safiey Ilias mohon maaf, janji tak akan cemar imej agama



PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Safiey Ilias tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung video kontroversi membabitkan dirinya yang tular di media sosial.


Safiey berkata, beliau memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terutama pengikut laman sosialnya yang beragama Islam dan seluruh rakyat Malaysia.


Pemilik nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias ini turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya yang mengganggu sensitiviti masyarakat dan mencemarkan agama Islam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya terpanggil untuk membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka berkenaan video yang tersebar bagi mengelakkan perselisihan faham dari terus menjadi keruh. Saya ingin memohon maaf kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


“Ingin saya jelaskan di sini, bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya yang telah mengganggu sensitiviti masyarakat serta mencemarkan imej agama tercinta demi kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.


Paparan skrin salah satu video membabitkan majlis anjuran Safiey yang tular di media sosial.



Safiey berkata, beliau menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan akan berusaha untuk menasihati teman-teman rapat yang dilihat melampaui batas untuk berubah ke arah kebaikan.


Jelasnya, nasihat itu tidak hanya khusus kepada rakan-rakannya daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semata-mata, bahkan melibatkan teman-temannya dalam kalangan selebriti wanita dan lelaki.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya berazam dan berusaha untuk belajar dan tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Setiap manusia tidak lari dari melalukan kesilapan. Hidup ini adalah untuk terus memberi dan memberi. Doakan saya, terima kasih,” ujar Safiey.


Video kontroversi yang tular di media sosial dirakam di majlis pelancaran produk pada Sabtu malam, menampilkan seorang penyanyi ‘wanita’ yang berkelakuan tidak sopan kepada seorang tetamu lelaki.


Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada penyanyi tersebut merupakan seorang wanita atau transgender.


Advertisement
Kenyataan media yang dikeluarkan Safiey berhubung video kontroversi.



Isu tersebut turut dibangkitkan oleh pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin di laman sosialnya, dengan mempertikaikan Safiey kerana tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.


Acara kurang sopan itu berlaku selepas majlis terbuka Aidilfitri anjuran Safiey yang dihadiri kira-kira 200 anak yatim dan pelajar tahfiz pada sebelah petang.


PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim turut mengkritik video Safiey yang kurang sopan, sehingga menampakkan bahagian badan.


Sementara itu, PU Amin mengucapkan kesyukuran di atas kuasa Allah dan usaha dakwah apabila Safiey akhirnya mengakui keterlanjurannya.


“Akhirnya beliau mengakui dan memohon maaf kepada semua umat Islam atas segala ketelanjuran dan bersedia untuk menasihati rakan-rakan yang lain untuk meninggalkan gaya hidup transgender yang merugikan dan memalukan,” katanya.


PU Amin. Foto instagram pencetusummah_amin


Bagaimanapun PU Amin meminta Safiey supaya memadam video dan gambar yang mempunyai unsur transgender.


“Seperti tiga tuntutan yang diberikan, tinggal satu sahaja lagi tuntutan yang belum dilaksanakan iaitu padam video dan gambar yang ada unsur transgender, memakai pakaian wanita.


“Tahniah Safiey Iliyas, kami akan percaya dan hormati kenyataan ini selepas awak padam semua video dan gambar tersebut,” katanya menerusi status di akaun Instagramnya dengan memuat naik kenyataan Safiey.


Terdahulu, PU Amin membuat tiga tuntutan kepada Safiey termasuk meminta usahawan itu mengaku kesilapan memuat naik video yang keterlaluan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel