Connect with us

Berita Lain

Adun baru Sungai Kandis jamin tunaikan janji pilihan raya


SHAH ALAM, 5 Ogos — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)
Sungai Kandis yang baharu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memberi jaminan bahawa
segala janji pilihan rayanya untuk membantu rakyat di kawasan itu akan
dilaksana secepat mungkin.
Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi menewaskan dua
pencabarnya hari ini berkata, komitmen utamanya adalah menekankan kepada
pembangunan infrastruktur dan prasarana.
“Dengan mandat ini, saya akan bantu pengundi-pengundi di DUN
Sungai Kandis untuk menaik taraf infrastruktur dan menyempurnakan segala
perancangan yang tidak sempat dilaksanakan Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei
(bekas Adun).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Isu pembangunan infrastruktur dan prasarana membabitkan
jalan raya serta perparitan adalah aduan yang paling banyak saya terima
sepanjang jelajah kempen dan saya akan ajukan permasalahan ini kepada pihak
berkenaan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh Jalan Kebun itu turut
menzahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan PKR dan
Pakatan Harapan atas kepercayaan yang diberikan selain membantu kempen-kempen
jentera parti.
Mohd Zawawi mengekalkan kerusi DUN Sungai Kandis di tangan
PH apabila mendapat 15,427 undi menewaskan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam
yang mendapat 9,585 undi sementara calon bebas K.Murthy hanya mendapat 97 undi.
Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu
berkata kerjasama antara Umno dan PAS dalam PRK itu tidak mencapai matlamat
yang diharapkan.
Beliau berkata, walaupun pemimpin Umno dan PAS sudah
menyatakan secara terbuka untuk saling membantu dalam PRK, namun anggota PAS
dilihat tidak bersedia menerima pelawaan itu.
“Saya tidak dapat buat penilaian menyeluruh lagi, tapi bagi
saya dulu (ketika bersama PAS), kami dalam PAS memang diajar untuk susah
memangkah dacing (BN).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Itu yang ditanamkan kepada kami (anggota PAS dulu) dengan
mendalamnya. Saya rasa susah untuk mereka (anggota PAS) untuk lakukan perubahan,”
katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar yang
juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata kemerosotan pengundi di PRK
kali ini memang dijangka memandangkan mereka baru menunaikan tanggungjawab
mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan pertandingan
sengit.
“Kalah atau menang Selangor masih di bawah (pentadbiran)
kami kami berjaya mendorong penyokong kami keluar mengundi,” katanya kepada
Bernama.
Beliau juga mendakwa tidak ramai penyokong PAS keluar mengundi
pada PRK itu dan ini memberikan ‘signal’ jelas bahawa penyokong ataupun anggota
PAS di peringkat akar umbi tidak serasi dengan keputusan kepimpinan pusat parti
dalam memberikan sokongan kepada Lokman Noor.
Dr Xavier dalam pada itu juga berkata Majlis Presiden
Pakatan Harapan telah bersetuju untuk menggunakan logo dan simbol Pakatan
Harapan yang telahpun didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti oleh
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada PRK Balakong, dan Seri Setia yang akan
ditentukan kelak.
“Justeru, PRK ini turut mencatatkan sejarah apabila
merupakan PRK terakhir menggunakan logo dan simbol PKR,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel