Connect with us

Berita Lain

Amuk isteri bersalin normal, hospital semak semula prosedur


ALOR SETAR, 27 Ogos — Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
mengesahkan pemberhentian serta merta kebenaran bagi peneman untuk ibu bersalin
di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini seperti yang ditularkan di media
sosial sebelum ini.
Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pemberhentian
itu adalah buat sementara waktu selepas kejadian seorang lelaki berusia 23
tahun bertindak mengamuk ekoran permohonan isterinya untuk bersalin secara
pembedahan ditolak pihak hospital kerana tidak diperlukan, dalam kejadian pada
25 Ogos lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya larangan itu juga bagi membolehkan pihak HSB
menyemak kembali prosedur kebenaran peneman kepada ibu bersalin agar kejadian
sama tidak berulang selain bagi kerja-kerja membaiki kerosakan pada bahagian
pintu bilik bersalin.
“Lelaki berkenaan bertindak menumbuk dan merosakkan pintu
bilik bersalin. Pihak pengawal keselamatan juga meminta suami pesakit untuk
menunggu di luar selepas insiden berlaku tetapi tidak diendahkan.
“Pihak hospital juga telah membuat laporan polis berhubung
kejadian ini dan suami berkenaan akan dipanggil untuk berbincang bagi mengenal
pasti sekiranya terdapat sebarang masalah yang menyebabkan beliau bertindak
sedemikian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya isteri berkenaan yang berusia 24 tahun itu selamat
melahirkan  anak kedua secara normal dan
telah dibenarkan pulang.
Wanita itu dimasukkan ke wad bersalin HSB kira-kira 8.27
malam pada 24 Ogos (sehari sebelum kejadian).
Dr Norhizan menyeru agar anggota keluarga pesakit yang
mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sama ada di hospital mahupun klinik
kerajaan untuk mengawal diri bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel