Connect with us

Berita Lain

ATM: Tugas tentera sebagai pengiring Hisham tamat pada PRU ke-14

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan
semua anggota Pasukan Khas telah ditamatkan penugasan sebagai pengiring rapat
kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Awam ATM
memaklumkan tugas mereka tamat sejurus selesainya PRU14 yang menyaksikan BN
tidak lagi memerintah negara.
Menurut kenyataan itu, ATM juga telah melaksanakan siasatan
terhadap laporan sebuah portal mendakwa tiga anggota Pasukan Khas ATM masih
berkhidmat dengan Hishammuddin, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“ATM menyahut kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu
baru-baru ini dan kami telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
“Tindakan sewajarnya juga akan diambil bagi memastikan semua
anggota yang masih berkhidmat tidak melaksanakan apa jua tugasan dengan pihak
yang tidak mempunyai hak dan kaitan berdasarkan peraturan semasa.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota
sekiranya mereka didapati melanggar perintah dan peraturan semasa,” memetik
kenyataan tersebut.
Semalam, Menteri Pertahanan mengarahkan siasatan segera
dilakukan berhubung dakwaan tiga anggota Pasukan Khas masih berkhidmat dengan
Hishammuddin seperti didedahkan sebuah portal berita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Laporan itu turut mendakwa dua pegawai tersebut adalah
anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) manakala seorang lagi adalah komando.
Ketiga-tiga pegawai tersebut dipercayai berkhidmat dengan
bekas Menteri Pertahanan itu sejak 2013 dan sepatutnya ia tamat selepas PRU14
selepas Hishammuddin tidak lagi menjadi menteri.
Menurut laporan itu lagi, sumber ATM turut mendedahkan
ketiga-tiga individu tersebut mendapat dua gaji, daripada ATM dan Hishammuddin
sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel